Thursday, November 26, 2009

Sempena AidilAdha

Assalamu'alaikum w.b.t


Bersempena dengan Hari Raya AidilAdha ini, ana akan 'post'kan komik yg diambil drpd iLuvIslam.com ini... Sebelum itu, ana ingin memberitahu antum dan antunna sekalian tentg keadaan ana buat masa ini... Presently, ana sedang tinggal di Kota Damansara ; rumah Mak Su ana.. Sebabnya adalah kerana abi dan ummi sdg menunaikan Haji di tanah suci Makkatul Mukarramah... Semoga mrk mndpt haji yg mabrur dan dpt pulang dengan selamat.. (rindu!! huhu T_T)

TIADA CINTA TANPA PENGORBANAN

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!



Wednesday, November 25, 2009

It's been a while...

It's been a while since I write on this blog ~ but I'm back!!


Gonna take some time before I write on something new ; new topics especially about Islam..
so, hope that y'all could wait... Pliz and thank u...

Friday, October 16, 2009

Budaya Kuning (from iluvislam.com)




"Kita ambil yang inilah. Biar sama dengan warna baju Abi" kata Ummu Saif kepada anak sulung kami.

"Ok!" jawabnya ringkas. Setuju tetapi dengan air muka yang tidak setuju.

Berbaju raya sewarna sedondon ini bukanlah kemestian bagi kami. Hanya sesekali. Fadhilatnya, memudahkan pengenalan diri tatkala anak-anak saudara sejumlah 36 orang itu mencabut baju seragam raya. Mudah untuk dikenal baju siapa, berpandukan warna.

"Yop sebenarnya nak baju warna apa?" saya tidak berpuas hati dengan reaksi anak yang tidak suka dengan baju yang bakal dipakai.

Seboleh-bolehnya saya tidak mahu membazir membeli pakaian yang nak dipakaikan kepada si anak, tetapi mengikut selera ibu bapa. Sedangkan harganya sama sahaja. Kenapa mahu dipaksa anak-anak memakai baju mengikut pilihan kita yang dibenci anak-anak?

Nanti kalau sikap seperti ini dibiarkan, silap-silap siapa suami dan isteri si anak pun mahu kita tentukan bila sampai masanya nanti.

"Yop nak baju warna kuning" jawab si anak.

"Hmm... kuning tak ada saiz. Nantilah kalau jumpa di tempat lain, kita tengok" saya membuat janji.

Tanpa bertangguh, kami sekeluarga segera pulang ke rumah selepas selesai membeli pakaian anak-anak. Suasana di pasaraya sangat sesak dan kami tidak mahu mendedahkan diri dan anak-anak kepada bahaya jangkitan H1N1 yang masih hangat.

RAHSIA WARNA KUNING

"Kenapa Yop nak baju warna kuning? Baju t-shirt nak kuning, baju Melayu pun nak kuning" saya cuba mengorek rahsia, selepas tiba di rumah.

"Yop suka kuning" jawabnya.

Hairan.

Macam mana boleh minat dengan warna kuning? Tiada sentuhan kuning di rumah kami.

"Kenapa Yop suka warna kuning?" saya bertanya lagi.

"Kuning warna kaya. Orang kaya!" jawab anak saya, malu-malu.

"HAH!?" tercengang saya dibuatnya.

Jawapan yang langsung tidak diduga.

"Yop suka pakai baju warna kuning sebab Yop suka kayalah, ya?" saya mahukan kepastian.

Dia mengangguk.

"Siapa kata warna kuning warna orang kaya?" saya menyambung pertanyaan lagi.

"Tak tahu. Kuning emas kot" jawabnya, selamba.

"Astaghfirullah. Materialistik sungguh!" saya menggaru kepala.

Entah di mana idea itu datang. Idea mahu kaya, mahu kelihatan kaya dan mengaitkan kuning dengan kekayaan.

"Lepas ni Abi rasa Yop tak payahlah gosok gigi. Biar gigi kuning. Baru nampak macam orang kaya. Orang kaya semua kuning. Baju kuning, gigi pun kuning!" saya melontar provokasi.

"Tak nak, tak nak" katanya tersengih-sengih mendengar cadangan saya.

IDEA YANG TIDAK SIHAT

Saya tidak suka dengan idea-idea kebendaan hinggap ke kepala anak-anak.

Keluarga kami tidaklah kaya dan tidak juga susah. Serba sederhana. Berbelanja masih mengira-ngira dan membeli mesti ada bajet dan bukan sesuka hati. Saya cuba pastikan kehidupan anak-anak tidak terganggu dengan kesusahan pada perkara-perkara yang penting buat mereka. Makan minum, pakaian, buku dan peralatan sekolah serta apa-apa yang bersangkutan dengan peningkatan diri mereka, saya cuba untuk tidak terlalu berkira.

Ada pun barangan yang tidak penting, dan mempunyai kesan yang tidak baik ke atas diri seperti PSP yang diinginkan si anak, saya tidak menyetujuinya. Dari semasa ke semasa, saya peringatkan mengapa PSP tiada dalam senarai. Cukuplah dengan komputer saya yang dikongsi bersama anak-anak, serta televisyen yang dipantau penggunaannya.

Daripada mana idea sukakan kekayaan dan mahu kelihatan kaya hinggap ke fikiran anak-anak saya?

Saya tidak dapat memastikannya.

Ia boleh datang daripada mana-mana sumber, dan soal itu tidak penting. Apa yang utama, ialah membetulkan kembali persepsi anak-anak terhadap kehidupan.

PERBANDINGAN

"Abi, nanti kalau Muiz dah besar macam mana?" kata Saiful Islam kepada saya.

"Macam mana apa?" saya tidak faham dengan soalannya.

"Nanti Muiz dah besar, kereta ni tak muat. Kenalah beli Alphard!" jawab anak saya.

Tersirap darah saya.

Geram pun geram juga.

Apabila pulang beraya, ada berbelas kereta adik beradik yang akan berkumpul di halaman rumah. Saya tidak pernah kisah siapa guna kereta apa, tetapi anak saya yang meminati ‘warna kuning simbol kekayaan' itu, rupa-rupanya jatuh hati dengan Alphard pakciknya.

Sudah berkali-kali beliau asyik tanyakan saya tentang Alphard, meminta pandangan sama ada saya suka dengan kereta itu atau tidak.

Pada detik pertama, memang ada rasa terkilan di hati. Terasa apabila dibanding-bandingkan. Apakah anakku sudah lupa yang dahulunya kita pernah berhimpit-himpit di dalam ATOS comel, kereta pertama kami? Setelah keluarga membesar daripada anak dua menjadi empat, kami memberanikan diri melangkah ke peringkat hidup seterusnya dengan menjual ATOS berkenaan serta digantikan dengan kereta 7-Seaters tempatan seadanya.

Tiba-tiba, si anak seolah-olah tidak menghargainya dan lebih berminat dengan kereta bapa saudaranya yang lebih besar dan mewah.

PEDIH MENJADI MANGSA PERBANDINGAN

Tetapi saya terbalikkan perasaan itu dan berkata kepada diri sendiri tentang pahitnya menjadi mangsa perbandingan. Justeru kita sebagai ibu bapa, jangan suka membanding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. Pahitnya sama bila anak-anak kita pula membandingkan kita dengan ibu bapa yang lain. Jangan buat anak-anak dengan apa yang kita tidak mahu mereka buat kepada kita.

Golden rule!

"Kamu tengok anak orang tu. Tertib, sopan, bijak. Tak bolehkah kamu jadi macam tu?" antara ayat-ayat ibu bapa yang boleh menghancurkan jati diri si anak.

"Kenapa kereta ayah tidak sebesar kereta pakcik itu?" itu pulang paku buah keras si anak kepada ibu bapa pula.

Jika tidak mahu dialog anak berisi racun perbandingan, kita sebagai ibu bapalah jangan memulakannya.

MENCARI PENYEMBUH

"Yop nak kaya?" saya bertanya kepada si anak.

"Nak!" jawabnya tanpa berselindung.

Tangannya masih di dalam poket baju Melayu, menggenggam duit raya barangkali.

"Kalau kaya dan banyak duit, Yop boleh beli apa?" saya bertanya lagi kepadanya.

"Beli apa-apa sahaja!" katanya dengan penuh yakin.

"Beli Alphard dan baju emas?" saya menyoalnya sambil menyindir.

Beliau mengangguk sambil tersengih. Faham dengan sindiran saya.

"Kalau Abi kaya, Abi boleh tak beli mata kat kedai kalau Yop buta? Ummi boleh tak beli telinga kat pasaraya kalau anak-anak dia pekak?" saya melontar soalan berfikir untuknya.

Saiful Islam terkejut.

Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala.

"Kalau Abi kaya pakai Alphard, Abi boleh tak beli jantung kat hospital untuk ganti jantung yang rosak?" saya tambah lagi soalan.

Saiful Islam berubah sedikit air mukanya. Menggelengkan kepala lagi.

"Abi sangat bersyukur kepada Allah sebab duit Abi tak banyak tetapi anak-anak Abi semua sihat. Semua cukup kaki, cukup tangan, tiada yang cacat, tiada yang sakit. Abi bersyukur sebab kita tak kaya tapi kita bahagia" saya mahu memberi satu kesimpulan kepada anak-anak.

"Yop nak kaya ke Yop nak bahagia?" tanya Ummu Saif pula kepadanya.

"Nak bahagia" kata anak sulung kami.

Anak-anak yang lain hanya mendengar. Belum mengerti.

"Kalau nak bahagia, miskin boleh bahagia, kaya pun boleh bahagia. Syaratnya, kena bersyukur kepada Allah" balas Ummu Saif lagi.

"Jadi, Yop nak Alphard orang lain punya ke, atau kereta kita?" saya menyudahkan perbualan.

"Kereta kita" jawabnya.

"Alhamdulillah. Jom singgah kedai pekena nasi kandaq!" saya menarik nafas lega.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." [Ibrahim 14: 7]

Thursday, October 15, 2009

Note to God




Eventhough this 17 years old singer is not actually Muslim, I'd really like the lyrics...Definitely a song to think about in this restless-war era...

Saturday, September 26, 2009

Life..?? Kehidupan..??

~ What exactly is life..??

~ What's the purpose of our life..??

~ Are our religions' view play a part of our main purpose of life..??

~ Or are we too stubborn to look eye to eye with the fate of our life..??


~ Apakah kehidupan..??

~ Apakah sebenarnya matlamat hidup kita..??

~ Adakah pandangan agama kita memainkan peranan yang penting dalam menentukan matlamat sebenar hidup kita..??

~ Atau adakah kita sendiri yang sebenarnya degil untuk berhadapan dengan takdir kehidupan kita ini..??

Sunday, September 20, 2009

Aidilfitri !!!

Pergh... Hari Raya Aidilfitri telah menjelma!! haha..
Seperti biasa, pagi raya td ana pergi solat Hari Raya Aidilfitri dan mendengar dua khutbah di masjid.. buat pengetahuan, ana meraikan hari pertama Hari Raya Aidilfitri di kampung sebelah keluarga ummi ana iaitu di Alor Setar, Kedah Darul Aman..di Taman Wira yang berdekatan dengan Kolej Universiti Insaniah...
Selesai solat jemaah, ana dan family pergi ke rumah opah dan tok wan untuk bersama dengan saudara-mara meraikan Hari Raya ini..
Kami menikmati hidangan yang cukup menyelerakan dan sedap-sedap belaka seperti lemang, ketupat, dicicah bersama dengan rendang ayam serta bermacam-macam lagi juadah..
Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana ana dan keluarga ana masih lagi berpeluang untuk menikmati hari raya ini dan kami berharap untuk dipanjangkan umur dan beraya pada hari raya yang depan..

Thursday, September 17, 2009

~ Aidilfitri menjelma ~

Assalamu'alaikum w.b.t

Pada kesempatan ini, ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Kpd kwn2 yang mengenali diri ana, maafkan ana andai tersalah bicara atau terkasar perlakuan.. Marilah kita saling bermaafan dan lupakan segala hasad dengki dan sengketa yang lama.. Jazakallah hukhairan..

Wassalam...

Alexandria !!

14 September 2009,

Akhi kabir tlh berangkat ke Alexandria, Mesir dan telah tiba dengan selamatnya.. Alhamdulillah..
Diharapkan agar dia berjaya dalam apa jua yang dikejarnya dan sukses selalu..
Dan ingatlah, adikmu ini akan mengejarmu kelak.. X]

~ percaya ttg cinta? ~

Aku sedar aku bukanlah sempurna,
Mungkin juga aku terlalu muda,
Untuk memahami apa itu cinta...

Yangku tahu cinta tuhan,
cinta ibu bapa,
dan cinta ikatan persaudaraan,
jahilnya aku dalam mencintai insan yang lain...

Mungkin aku tidak akan menemui jodoh,
Mungkin aku tidak akan jatuh cinta,
Mungkin tiada pengakhiran yang bahagia buatku.

Tapi, apakan daya,
Jodoh di tangan Yang Maha Esa,
Perkara yang misteri,
Dalam rencah hidupku ini...

Puisi karya : moderateme

Saturday, September 12, 2009

Coincidence.. :?

Something very awkward happened this morning..
This girl or should I call her " V " , a very beautiful girl with a lil bit of an attitude adjustment, was waiting for her mum at the nearby school booth.. Incidentally, I was also waiting for my parents to pick me up.. Of course, at first, there were many people there and the two of us was on differrent booths.. After that, one by one, my friends had left for their house... So the two of us were the only two there..

It was kind of weird for me to wait there coz V and I were as if had promised to wait for each other.. lol.. I waited for my parents for quite a long time and felt bored afterwards.. So, I thought to myself, hey, how about I chat with V.. Although I really wanted to do that; so badly, I did not had the guts to talk to her as I were afraid if 'something' happened coz we were the only two there..So I just sat there hoping that time would fly... And it did!! Soon after, my parents arrived and pick me up.. Just a few seconds later, V's mom came to pick her up.. Again, it was like we had promised to wait................and went home at the same time.. coincidence??!! u tell me..

Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah, selesai !!



Fuh..!! mmg penat.. Pagi tu, mcm pelajar lain gak, ana pergi ke sekolah... Nasib baik lar subjek utk hari jumaat tu sikit... klu x, mmg ana akn penat x trhingga.. Tapi, dlm semua mata pelajaran hari tu, ada satu je yg ana x brapa suka.. time mata pelajaran tu, klu x kna 'ganjaran' mmg x sah lar.. Walaubagaimanapun, laen cikgu, lain caranya bila nak didik anak murid dia.. dan tugas kita, sebagai seorang pelajar untuk menerima cara guru kita mengajar dengan hati yang terbuka... Mna tahu, satu hari nanti, kita akan berjaya disebabkan denda yang kita terima tu.. so, tulus dari hati ana, TRIMAS GURU!!
Perkara menarik berlaku kt sekolah pagi tu.. cerita dia mcm ni.. Ana tgh blajar subjek X... Tiba-tiba dtg lar dua muslimah ni.. Ana knl mereka siapa.. Malah, ana rapat dengan salah seorang daripada mereka.. muslimah ni ketuk pintu kelas dan beri salam kpd cikgu subjek.. Ingatkan dua muslimah ni nak panggil bdk perempuan.. Tiba-tiba, cikgu ana pnggil ana.. Ana pn terkejut lar.. Bknnya apa, muslimah2 ni pnggil waktu kelas dan masa tu ada ramai orang.. Tahu-tahulah org kita mcm mana..klu ada dikaitkan sj dgn perempuan, terus dianggap boyfriend and girlfriend.. Sedangkan, lelaki dan perempuan itu mungkin hanya membincangkan perkara penting sj.. Erm, ana pn kluar lar kls dan jumpa dgn muslimah-muslimah tu.. Rupa-rupanya, muslimah M ni nak tnya berkaitan dgn koku.. Katanya, takut dan malu hndk bertanya dgn ibu ana yg merupakan setiausaha koku.. Pelik juga, dgn ana dia tak malu atau takut pula.. HUMPH.. Apa-apapun, ana terus jwb persoalan dia.. Kedua-dua muslimah ni mmg cantik klu dilihatkan dari paras mereka.. selepas itu, ana terus masuk kelas.. Kwn2 ana terus mengejek ana...

Thursday, September 10, 2009

Ahlan Wasahlan..


wa marhaban bikum..

selamat datang...

welcome... bwat smua insan yg sudi menatap blog yg x seberapa nie...

Pertama......


Pertama kali ana buat blog.. huh.. cm x prcaya ja ana akn start tulis blog.. X prnh terlintas pn kt hati ana nie nk tulis blog.. tp, bak kta org, x knl maka x cinta.. so, kna la try bnda bru, btol x??

Apa-apapun, ana harap blog nie dpt memberikan secebis kisah daripada kehidupan seharian ana kepada antum2 smua.. InsyaAllah, ana akn update blog nie bila2 ana ada masa.. Syukran jazilan. wa ilalliqa'...